Quantcast
Channel: topography explorer
Viewing all 174 articles
Browse latest View live

KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTERI dan PENGEMIS

$
0
0


KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTRI dan PENGEMIS

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksu
d hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, “Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, “Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!” Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang naas, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, “Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?”. Suaminya menjawab, “Berikan makan pengemis itu!”.

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?”.

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, “Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?………… Dia adalah suamiku yang pertama dulu.”

Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, “Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?……………… Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!”.

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.

Renungan :
“Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, tebarkan perbuatan baik dimana – mana maka anda akan menerima balasannya” Silahkan LIKE and SHARE jika anda setuju..



HARI2 TERAKHIR MONA FENDY DI PENJARA Pendedahan ” Cik Jah “

$
0
0

Anda kenal dengan nama Maznah Ismail atau lebih mengenalinya dengan nama Mona Fandey?

Kisah Mona menjadi tumpuan di akhbar sejak tahun 1993. Bahkan, ia semakin rancak diperkatakan ramai apabila satu persatu kegiatan jahat pasangan bomoh, Mona dan Affandi sewaktu hidup ketika dahulu didedahkan.

Namun, pernahkah anda terfikir sejauh mana kesahihan cerita yang disebarkan itu?

Adakah anda berani meletakkan jaminan seratus peratus bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantung dengan keadaan mengerikan? atau anda lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?

Sejauh mana keyakinan orang ramai percaya 1,001 versi cerita mengenai bekas banduan terakhir di Penjara Wanita Kajang itu?

Membongkar kembali kisah benar Mona di penghujung hidupnya, wartawan Malaysian Digest berjaya menjejaki pegawai penjara yang berpengalaman bertugas di sel akhir Mona sewaktu dia dipenjarakan dahulu.

Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu.

Azizah sedia berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

“Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.

“Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,

“Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.

“Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

“Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

“Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Tambahnya, Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona.

Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi.

Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu.

Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ dimilikinya.

“Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

“Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.

“Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,

Sarjan Azizah (kiri) bersama Mona FandeySarjan Azizah (kiri) bersama Mona Fandey

“Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

“Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,

“Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas,” katanya.

Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.

Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-cerita mistik yang dibacanya.

“Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.

“Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,

“Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

“Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit,” seloroh Azizah sambil tersenyum.

Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya.

Dia akui terdapat satu cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan ini.

Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-kata Mona.

Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi perbicaraan kesnya itu.

Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris?

Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri, Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.

OKT-1OKT-1

OKT-2OKT-2

Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan.

Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan… (Azizah terdiam)

“Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

“Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.

“Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

“Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.

“Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,

“Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,” ujarnya lagi kepada Malaysian Digest.

Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.

Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab:

‘Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.”

Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.

Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya.

Mereka sangat mentaati Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.

Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali gantung bersama Affandi.

“Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?

“Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi mengetahui selok belok hal Mona?

“Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?

“Mona jawab dia nak pergi ‘shopping’! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di ‘corner’ bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.

“Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,

“Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.

Jelas Sarjan Azizah, cerita-cerita mistik dilaporkan media hanyalah rekaan semata-mata.Jelas Sarjan Azizah, cerita-cerita mistik dilaporkan media hanyalah rekaan semata-mata.

“Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,” katanya dan pada saat itu Azizah menitiskan air matanya.

Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.

Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita yang amat ‘digeruni’ rakyat Malaysia dan ‘kononnya’ pembunuh paling kejam di Malaysia.

Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.

Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan, urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan aibnya sewaktu hidup.

Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:

“Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua.” – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.

Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma anda pada wanita bernama Mona Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup dahulu?

Atau anda lebih selesa untuk terus memahami ‘cakap-cakap’ orang mengenai kejadian yang berlaku kerana sudah dididik dengan ‘trend’ bahawa Mona Fandey adalah pembunuh paling kejam di Malaysia?

Anda pilih.

– Malaysian Digest


20 KM BERJALAN KAKI KE SEKOLAH…Perkongsian dengan Warga Prihatin

$
0
0

Dari Kampung Paya Besar, beliau menyusur jalan balak dari rumah di hujung desa terpencil, jalan tanah merah berdebu dan selut, meredah 12 bukit dan paya merentasi 2 desa dan belukar estate getah tua dan kelapa sawit muda sejauh 20 km berjalan kaki dan basikal setiap hari SEJAK DARJAH 1 merupakan pengalaman yang tidak dapat digambarka


arus bertolak gelap pagi dan pulang meredah terik mentari petang seorang diri. Kadang kala terpaksa mengharungi hujan ribut sendirian. Minum air parit dan sungai menjadi biasa baginya buat penghilang dahaga. Beberapa anak sekampung yang sebaya ke sekolah naik kereta sewa atau tidak ke sekolah sama sekali. Dari tingkatan 1-3, beliau terpaksa mengayuh basikal sekitar 45 km setiap hari, berulang alik ke bandar (Sek Menengah), balik ke rumah dan ulang semula perjalanan ke sekolah Agama di Kg Melayu Raya.

Dari 10 pelajar yang mendapat grade 1 SPM 1979, 8 pelajar CINA, 2 pelajar MELAYU dan beliau adalah SEORANG DARIPADANYA. Dari 10 adik beradik, juga tidak sampai 10 rakan sebaya dari kampung terpencil itu, beliau adalah satu-satunya insan yang berjaya melangkah ke Universiti dan menempa kejayaan selanjutnya bagi membela insan lain.
Setelah 2 tahun makan gaji, beliau menubuhkan syarikat, menjalankan perniagaan & menjelajah ke serata dunia dengan kepakaran yang ada untuk membela adik beradik yang tidak ke Universiti agar semua dapat merasai kejayaan beliau. Kini adik beradiknya hidup senang dan beliau mengabdi diri, mewakafkan segala hasil kesenangan yang beliau capai dan menjadi buruh sukarela tanpa gaji di RPWP.
Anak-anak RPWP telah dibawa menziarahi kampung halaman beliau dan masing-masing ingin mencuba berjalan kaki menusuri laluan perjalanan beliau ke Sekolah Rendah Kg Melayu Raya, namun hanya mampu mencuba setakat 20% jarak perjalanan saja. Bakinya harus diteruskan dengan kenderaan. Begitulah gambaran keperitan yang dilaluinya.
Itulah pengalaman getir kehidupan yang dilalui oleh pengasas RPWP, Dr Hj Masjuki Mohd Musuri. Sejak kecil melawan ujian hidup. Bapanya bilal kampung, guru silat, kompang, berzanji dan al-Quran, seorang peneroka tanah, penebang hutan. Ibunya seorang bidan Kampung yang cekal dan pemurah, banyak mengambil anak angkat dari kalangan asnaf, juga bilal wanita dan guru al-Quran. Rumah kayu bertanggam, tiang kayu bulat dan tanah liat, lantai kayu belah, dinding kulit kayu, atap rumbia. Untuk makan harus cucuk tanam dulu, ikan tangkap di tengah paya, buah petik di hutan, belajar dengan pelita minyak tiada letrik, mandi dan minum air telaga berlumut, tiada air paip.
Terlalu banyak untuk dikongsikan. Mungkin sebahgian foto ini mampu meneruskan penceritaan. Namun buktinya kejayaan beliau mengharungi kepayahan itu menjadikan beliau insan yang sangat prihatin, kreatif, berani, mandiri dan tidak gusar berhadapan dengan kesusahan. Lebih penting lagi, pengalaman itu mampu di jadikan motivasi kepada anak-anak di RPWP, agar TIDAK MUDAH MENGALAH dan merasa lemah mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai pancaroba. Pengalaman itu jugalah yang memberi kekuatan dan inspirasi kepada kesemua pengasas bersama RPWP ini.
Perkongsian oleh
WARGA PRIHATIN

RAHSIA WARNA KEGEMARAN WANITA

$
0
0

wanita dan warnaRahsia Warna Kegemaran.Apakah warna kegemaran anda? Pink? Biru? Putih?Atau Hitam?

Pengaruh warna selain memberikan kesan menawan pada sebuah benda atau rekaan ia juga memberikan efek pada tubuh.Tapi, tahukah anda rahsia di sebalik warna kegemaran anda itu? Jom tengok warna-warna yang boleh mempengaruhi kehidupan anda itu.

1. Merah Yang Menghairahkan

Warna yang dikaitkan dengan kebangkitan cinta serta kebencian. Jadi, sebab itulah merah dikaitan dengan suasana

hati.Merah juga dapat mengundang respons “flight or fight” dan meningkatkan tekanan darah serta denyutan jantung.Anda yang menyukai biasanya seorang yang ekstrovert, cenderung melakukan apa yang anda mahu. Selain itu, anda juga seorang yang berfikiran terbuka dan mampu menerima perkara-perkara baru.

2.Biru

Biru merupakan warna paling sesuai digunakan di bilik tidur kerana dapat membantu membuai anda dalam tidur terutama ketika mahu lelap di siang hari.Selain itu, anda yang menyukai warna biru amat peduli dengan perasaan orang lain dan sedikit sensitif. Sisi positif penggemar warna biru yang banyak dikagumi oleh ramai orang adalah kerana kesetiaan dan perhatian anda. Di samping itu anda juga seorang yang rajin berusaha. Sungguhpun begitu, anda terlalu berhati-hati dan sering cemas berlebihan.

3. Kuning Penuh Kegembiraan

Kuning sebagai warna yang meningkatkan kebahagian dan keceriaan pada setiap orang. Warna ini berkait rapat dengan energy, sikap berhati-hati dan percutian. Jika anda memilih kuning sebagai warna kegemaran ia melambangkan sifat spontan dan toleransi anda yang tinggi. Begitu menyerlah, tetapi anda gemar berubah-rubah sikap dan suka berharap.

4.Hijau

Hijau adalah warna hidup dan semulajadi, berkait rapat dnegan kesihatan dan kesejahteraan. Seperti warna biru, hijau juga mampu membangkitkan rasa damai, relaks dan tenang.Jika hijau adalah warna kegemaran anda, ia melambangkan sikap anda yang selalu positif dan santai. Selain itu, anda seorang yang penyabar, tetapi cenderung menarik diri daripada perubahan di persekitarannya.

5. Oren Yang Periang

Oren menghasilkan perasaan yang berkait rapat dengan kehangatan. Jika anda menyukai warna oren, anda mempunyai sifat yang ceria dan periang. Namun, anda suka mencuri perhatian orang dan adakalanya kelihatan agak mengada-ngada.

6.Ungu

Ungu termasuk warna ‘top’, cukup menyenangkan, damai dan membantu meredakan ketegangan. Anda yang menyukai warna ungu biasanya adalah orang yang unik, tidak takut untuk tampil berbeza daripada orang biasa. Selain itu, pencinta warna ungu juga mencintai seni. Namun, sangat sensif dan mudah terluka hatinya.

7. Hitam Yang Gagah Perkasa

Dalam budaya Barat, hitam dianggap sebagai warna kematian. Keperibadian warnanya dikaitkan dnegan perasaan berkabung, kesedihan dan juga kebencian. Anda yang menyukai warna hitam melambangkan sifat anda kuat,tabah dan produktif. Namun, jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, anda akan menjadi murung. Selain itu, anda termasuk dalam jenis orang yang sukar untuk difahami atau agak misteri.

8.Putih

Putih adalah simbol daripada keseimbangan dan penyatuan, daripada semua wrna yang datang bersama sebagai penyatuan harmoni. Putih adalah lambang kesucian dan kemurniaan hati. Jika anda menyukai warna putih, anda dikagumi kerana sifat anda yang anggun, ideal, tidak pernah angkuh dan suka menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.

9. Pink

Warna pink membuatkan kita membayangkan sesuatu yang sweet. Namun, di sebalik kelembutan , anda yang menyukai warna ini adalah orang yang mengharapkan cinta dan kesejahteraan. Di samping itu, anda juga adalah wanita yang ingin dilindungi dan sentiasa mahu dimanjakan.

Nota Kaki: Artikel menarik ini, jangan lupa di SHARE dengan kawan-kawan.


HUTANG NEGARA DAN GST

$
0
0

Kebelakangan ini para pemimpin negara saling bertelagah menyentuh pelbagai isu. Ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar mereka ada masalah memahami apa yang berlaku secara kontekstual (alami). Mereka hanya menimbang dan memutuskannya berdasarkan pengkajian tekstual.  

Menteri yang sepandai ijazah sarjana kelas pertama dan CGPA melebihi 3.85 juga masih keliru dengan keputusan yang dibuat oleh boss mereka. Boss pula keliru membuat keputusan itu kerana hanya meyakini pasukan penasihat-penasihat yang datang dari universiti terbaik, sarjana luar negara yang hanya mampu merancang indah di atas kertas sahaja.
Jika ilmu dianalogikan sebagai biji benih, maka walaupun kita belajar di Havard mahupun Oxford, benih Malaysia juga yang tetap sesuai di Malaysia. Bawalah benih epal di Havard dan tanam mengikut buku Mat Saleh di Batucaves.. tetap tidak jadi apa-apa.
Yang terbaik ialah kita memimpin masyarakat kita secara nyata di bumi sendiri menggunakan ilmu yang sesuai dengan agama, sosiobudaya dan sosioekonomi kita. Gunakanlah ilmu hasil cambahan yang Allah beri dari Al-Quran dan Sunnah milik kita.
Amalan mengagung-agungkan seluruh ilmu barat sehingga kita kehilangan jatidiri dan keupayaan mengurus diri, masyarakat dan negara sendiri amat mendukacitakan sekarang ini.
Atas permintaan ramai yang ingin tahu isi ceramah ekoran artikel DILEMA SARJANA ISLAM DALAM PENJAJAHAN ILMU pagi tadi, maka kami cuba ceritakan sedikit apa sebenarnya isi ceramah Saiful Nang minggu lalu.

SISTEM HOLISTIK EKONOMI ISLAM

Minggu lepas, Saiful Nang bercakap di pentas sebuah perkongsian perlaksanaan RPWP bersama sarjana-sarjana ekonomi dan perniagaan tempatan dan antarabangsa dan kami mengikutinya melalui LIVE streaming. Beliau membentangkan tentang “Sustainable Community Model” menggunakan model RPWP itu sendiri. Di situ, audien melihat satu ekosistem lengkap antara pembinaan insaniah (Ubudiah), perundangan (Rububiah) dan komuniti setempat (Mulkiah) pada komuniti berskala kecil RPWP, iaitu hanya 230 orang.
Dekan fakulti OYAGSB UUM, melihat ekosistem dalam skala kecil ini boleh di upscale ke peringkat negara dan antarabangsa. Dengan itu, beliau berazam untuk mengusahakannya atas nama UUM supaya perkongsian diangkat ke peringkat forum antarbangsa di kalangan negara-negara Islam sedunia.
Pada orang biasa, RPWP ialah tempat penempatan anak-anak yatim dan asnaf. Namun pada kami ia sebuah tempat di mana kami bina semula komunitinya dalam sistem yang boleh dibesarkan skalanya kepada peringkat kampung, daerah, negeri, negara dan dunia menurut acuan alQuran dan Sunnah.
Pada mulanya bukanlah semua 20 pengasas RPWP itu orang yang sempurna. Masing-masing menyedari kelemahan diri dan keluarga masing-masing. Rasa saling memerlukan terbit lalu setiap diri dibentuk dengan kefahaman dan perlaksanaan Quran dan Sunnah (bukan sekadar menghafal atau membaca sebagai mentera semata-mata). Akhirnya 20 orang ini mampu disatukan dan sifat buruk yang lama mampu dikikis sedikit demi sedikit.
Begitu juga halnya dengan anak yatim dan asnaf jagaan kami. Kebanyakan mereka diserahkan dalam keadaan bermasalah. Semasa kecil dan comel mereka dipelihara dan dimanjakan oleh keluarga angkat mereka. Setelah besar dan hilang comelnya, mulalah timbul pelbagai gejala dalam diri mereka ini, lalu diserahkan kepada kami untuk dipulihkan. Ramai juga yang telah berpindah randah dari satu pusat jagaan ke pusat yang lain sebelum sampai ke RPWP.
PENERAPAN KONSEP EKONOMI KELUARGA DALAM TADBIR EKONOMI NEGARA
Kami percaya bahawa dengan kehebatan Al-Quran, Yathrib dapat dibina semula menjadi Madinah dan berkembang menjadi tamadun dunia sehinggalah ke Kerajaan Ottoman di Turkey.
Dengan kehebatan alQuran dan Sunnah itu jugalah anak-anak yatim dan juga para pengasas yang membawa pelbagai belang dalam sejarah hidup mereka itu mampu digembeling untuk membentuk sebuah sampel komuniti yang sejahtera. Kami juga yakin dengan kejayaan terhadap prototaip komuniti yang berskala kecil ini, ianya boleh dikembangkan kepada skala yang lebih besar.
Sebuah keluarga adalah sistem asas ekosistem bagi sebuah komuniti. Di dalamnya ada pemimpin, ada pendidik, dan ada anak-anaknya. Bukankah itu sama seperti sistem sebuah negara?
Peringkat awal dahulu, overhead pengoperasian RPWP adalah sekitar RM15,000 sebulan. Ia ditanggung 100% dengan wang gaji dan pendapatan 20 orang pengasas RPWP tanpa meminta dan menerima sumbangan orang ramai. Setiap diri terpaksa berpuasa, berjimat cermat untuk berinfaq.
Apabila jumlah anak-anak semakin bertambah, maka perbelanjaan juga bertambah. Akhirnya kami mulakan sebuah perniagaan untuk mengembangkan dana yang ada di tangan. Tanpa menggunakan wang derma atau pinjaman bank, kami mulakan Wakaf Enterprise berupa perniagaan kereta terpakai. Bermodalkan 4 buah kereta yang diwakafkan oleh para pengasas, dalam 1 tahun, stok kereta berkembang menjadi 300 buah keseluruhannya.
Di situ timbul satu sinergi. Semua warga terlibat dan berniaga bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk mengisi tabung anak-anak yatim dan asnaf sehingga syarikat wakaf ini mampu berkembang.
Anak-anak kami turut mempelajari budaya niaga dan berpuasa itu kerana mereka telah bersama kami sejak mula. Latihan mereka sama seperti anak cina yang ke sekolah di pagi hari dan petangnya membantu keluarga di kedai atau bengkel. Walaupun mereka mungkin tidak berjaya masuk ke universiti, mereka tetap mampu menjadi usahawan yang baik kesan dari pendidikan ‘insitu’.
Anak-anak memang tidak belajar tentang jargon ekonomi tahap tinggi contohnya istilah seperti import, eksport, defisit, surplus dan lain-lain espek ekonomi. Subjek ekonomi yang mereka hafal di sekolah tidak begitu jelas menampakkan apakah kesannya pada dunia sebenar. Selepas lulus peperiksaan dan dapat banyak A, mereka segera melupakannya. Di RPWP, mereka mempelajari kesemua itu secara realistik.
Contohnya, dalam komuniti 230 orang dan dengan purata overhead RM700 seorang, maka kami perlu belanjakan RM161,000 setiap bulan. Itu terlalu tinggi buat kami. Justeru selain dari langkah berjimat cermat, kami harus laksanakan langkah tambahan.
Oleh kerana kebanyakan bajet pergi pada kos pendidikan, maka kami adakan sekolah sendiri agar bajet itu dapat dikurangkan. Dengan adanya prasarana dewan dan kelas di bangunan yang disewa, kami juga boleh sewakan dewan kepada pihak ketiga untuk tujuan seminar atau mesyuarat. Kami sendiri turut mengadakan kursus kepimpinan, motivasi keluarga, pelbagai kelas kemahiran seperti seni fotografi, melukis, jahitan dan sebagainya.
Bajet bulanan barang pasar mentah basah juga tidak kurang RM30,000 sebulan. Oleh itu, kami juga usahakan pertanian untuk menampung bekalan makanan.
Keperluan pengangkutan turut memakan bajet yang besar. Oleh itu perniagaan kenderaan kami lengkapkan juga dengan kerja-kerja bengkel membaiki injin, tayar, aircond, NGV, kerja mengecat, towing dan sebagainya. Semua kerosakan dapat kami baiki sendiri. Dari situlah berbelas-belas kenderaan terpakai, termasuk 4 buah bas untuk kegunaan sendiri mampu kami baikpulih. Bengkel sendiri ini banyak mengurangkan kos belian dan senggaraan. Sekali sekala kami juga ambil projek luar untuk menjana pendapatan.
Alhamdulillah, dengan kerelaan para sukarelawan sepenuh masa dari kalangan pengasas-pengasas dan anak-isteri mereka yang tidak mengambil gaji dan upah, kami berjaya mengurangkan perbelanjaan bulanan serendah RM120,000 sebulan.
KESAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK GENERASI
Semua konsep pengurusan ekonomi seperti di atas itu juga ada kesan pendidikan yang amat baik kepada murobbi dan anak-anak RPWP.
Anak-anak tidak perlu menghafal apa itu import dan apa itu export. Dalam penghasilan makanan contohnya, lebihan sayur yang dijual di pasar adalah konsep export. Jika apa yang kami tanam kurang mencukupi maka kami terpaksa beli pula dari pasar, maka itulah konsep import.
Begitulah juga dari aspek ekonomi pada olahan perniagaan kenderaan, institusi pendidikan, tenaga pengajar, bengkel jahitan dan sebagainya. Anak-anak RPWP tidak perlu menghafal buku ekonomi namun mereka mampu memahami konsep impot dan ekspot pada skala kecil secara alami. Mereka tidak perlu pun menghafalnya kerana telah mengalaminya sendiri sepanjang masa.
Anak-anak juga tahu keperluan perbelanjaan sepatutnya ialah RM161,000 sebulan. Dengan peruntukan hanya RM120,000 sebulan bermakna itu akan menyebabkan DEFISIT. Sekiranya kami dapat jimatkan belanja kurang dari RM120,000 pula, maka itu dipanggil SURPLUS. Jika PERUNTUKAN yang disediakan sama dengan BELANJA barulah nak dikatakan itu BAJET BERIMBANG.
Apabila kita melaluinya sendiri, maka ekonomi bukanlah satu mimpi ngeri kepada anak-anak. Begitu juga dalam banyak hal-hal lain termasuk espek sosial, pengurusan, kebajikan penghuni, pendidikan dan sebagainya. Semua ini kami tadbir dari skala yang kecil yang mana skalanya boleh dikembangkan.
Mutakhir ini beberapa NGO dan syarikat telah datang untuk mendapatkan rujukan tentang model pentadbiran ekonomi RPWP yang mapan dan ‘sustainable’ walaupun tanpa ada bantuan kerajaan. Konsep puasa, zakat dan sistem pendanaan Wakaf Enterprise tanpa riba’ adalah antara yang menjadi tumpuan mereka.
Sudah 10 tahun kami menjalankannya konsep ini. Secara automatik, Wakaf Enterprise ini juga menjadi wadah anak-anak kami yang sudah dewasa untuk memulakan usahaniaganya tanpa hutang dan riba’. Aktiviti itu juga memberi peluang pekerjaan kepada adik-adik mereka pada masa hadapan.
KESIMPULAN
Model ekonomi Islam sebenarnya mendahulukan keperluan domestik terlebih dahulu berbanding mengejar hasil dari eksport. Jika berlebih baru dieksport. Islam juga mengutamakan konsep puasa dan berjimat cermat dalam mengatasi DEFISIT berbanding kutipan cukai yang berlebihan. Pembangunan biarlah selari dengan kemampuan, jangan ikut nafsu sampai berhutang dan tidak berimbang.
Salah seorang Doktor falsafah yang turut hadir dalam ceramah tentang ‘Sustainable Community Model’ ini mengulas, “Jika sebuah negara dapat ditadbir dengan membesarkan skala ini, pasti negara tidak akan kucar kacir ekonominya, bahkan tidak perlu GST pun”.
Ini bukan model ciptaan kami, tetapi ia adalah sistem ciptaan Allah yang telah dilaksanakan dengan jayanya menjadi sunnah Rasulullah SAW. Baginda dan para sahabat yang kaya rela kongsikan kekayaan peribadi mereka dan hidup secukupnya dari peruntukan tahunan Baitulmal sahaja. Setiap kali ada lebihan mereka kembalikan semula kepada Baitulmal. Konsep berpuasa, berjimat cermat, menyantuni zakat dengan ikhlas, mengutamakan jemaah dan tidak rakus mengaut kepentingan peribadi adalah kunci utamanya.
Kami telah rasai keharmonian dalam hidup berkomuniti dari sistem itu. Kami amat gembira jika prototaip dari sistem ini dapat dibesarkan skalanya ke peringkat kampung, negeri, negara malah dunia Islam sekalipun. Untuk Malaysia, kami yakin bajet berimbang dapat diselesaikan kurang dari 5 tahun dan selepas itu negara akan insyaAllah mampu memacu menjadi sebuah negara maju lagi sejahtera.
Jika pernah kami kritik tentang pengurusan ekonomi negara, bukan sahaja kerana kami ada sukarelawan yang layak dalam bidang itu, malah ia juga merujuk kepada pengalaman dari amalan secara “hands-on” kami sendiri. Itulah hasil pembangunan komuniti kami yang bermula dari kosong, hanya berpandukan AQ dan Sunnah sepenuhnya.
Kami sedar, mungkin sukar untuk sarjana-sarjana universiti ternama yang menduduki tempat di bahagian pembuat dasar mampu tundukkan ego mereka bagi menilai dan menggunakan prototaip Islam ini. Jika demikian, kami hanya dapat berpesan kepada anak-anak RPWP, jika mereka memimpin kelak, maka jadilah pemimpin yang bijaksana, tidak rakus dan boros.
dari warga Prihatin  _ KREDIT-

DILEMA RAKYAT BILA PM TURUN TAHTA

$
0
0

APA PILIHAN YANG ADA?

Sesungguhnya kita sudah tidak lagi boleh membuang masa untuk terus-terusan mengikut telunjuk demokrasi barat yang sengaja ditaja untuk kita saling bersengketa ini. Sebaliknya, kita harus meneliti dengan sungguh-sungguh dan segera kembali menggunakan sistem Islam yang telah Allah hadiahkan dan rasulullah SAW laksanakan dengan jayanya itu dengan penuh yakin.

Sistem demokrasi secara relatifnya bersifat ‘baharu’ ciptaan barat. Ia sudah jelas tidak akan mampu membawa kepada penyatuan umat Islam sampai bila-bila. Ia menampakkan ‘dunia ini’ hanya dengan kacamata ‘pembangunan’, ‘kemodenan’, dan ‘kemakmuran’. Namun ada bezanya apabila dunia ini dilihat dengan nilaian ALLAH melalui Al-Quran.Ramai yang berhujah mengatakan demokrasi baik kerana negara-negara maju mengamalkannya. Kerana itu jugalah banyak gejala sosial amalan barat yang kita terima buta-buta. Kami hormati hujah itu, sambil menginsafi bahawa pendirian kita berbeza lantaran visi atau kerangka tujuan hidup masing-masing tidak sama.

Dunia ini ALLAH wariskan kepada hambaNYA yang soleh (QS 21/105), yang berpegang kepada tali ALLAH dan tidak berpecah belah (QS 3/103). Oleh itu, maka bagi kami jelaslah sistem demokrasi ini menggagalkan suruhan ALLAH itu.

Sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa telah wujud satu tamadun yang telah terbukti memberi rahmat ke seluruh alam. Itulah Tamadun Negara Madinah pimpinan Rasulullah SAW, dan sistem yang diamalkan adalah sistem berpandukan Al-Quran sepenuhnya. Kita semua bersyahadah dan mengaku ummat baginda, namun amat pelik bila kita enggan ikut bagaimana baginda mentadbir negara.

Kita sepatutnya sedar bahawa sistem demokrasi ini adalah satu strategi musuh Islam untuk menghalang penyatuan kita. Namun, ia ditopengkan dengan kemajuan, kemodenan, dan kemakmuran yang mereka redhoi walaupun kita tahu Allah tidak redha. Hanya mereka yang benar-benar inginkan hidup berlandaskan Al Quran dan As-Sunnah secara kaffah (menyeluruh) sahaja akan sedar akan hakikat ini.

Pemimpin dalam Islam harus dipilih dan dilantik oleh satu lembaga (badan) yang tidak berkepentingan secara rasminya. Inilah satu majlis yang terdiri dari golongan berilmu yang tidak berkepentingan. Mereka yang akan melantik dan mereka juga yang memantau, menunjuk ajar dan menasihati sebarang salah laku pemimpin yang mereka lantik.

Dengan itu barulah seorang pemimpin ibu boleh benar-benar menjadi pekerja atau hamba rakyat. Jika ada keperluan, bahkan badan yang sama juga berhak menurunkan mana-mana pemimpin yang dilantik. Dengan itu barulah pemimpin tidak lagi berpeluang untuk berbuat sewenang-wenang.

Dengan cara ini sahaja amanah kepimpinan itu mampu dijaga. Barulah nanti tidak ramai yang terhegeh-hegeh menawarkan diri untuk dicalunkan sebagai pemimpin sepertimana yang berlaku sekarang ini.

Sunnah atau resmi pejuangan nabi pastinya menentang arus. Samalah dengan apa yang kita harus perjuangkan. Jika kita ingin negara ini ditadbir melalui sistem syuro, memanglah ia menentang arus demokrasi yang akan menghanyutkan kita jauh dari landasan Islam yang sebenar.

KESIMPULAN

Tiada guna setiap pemimpin baru mengenengahkan slogan baru dengan berbagai-bagai moto yang terlalu bersifat grammatikal dan retorik. Tidak guna juga kita kerap mengganti pemimpin jika cara perlantikan dan sistem kepimpinannya masih menggunakan sistem dan ideologi kepartian tinggalan ‘orang lama’.

Usaha sia-sia ini boleh diibarat memasukkan apple yang baharu di dalam bekas najis yang sama bagi menggantikan apple lama yang busuk. Maksudnya bekas atau wadah perjuangan dan sistem kepimpinan itu sendiri harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum pemimpinnya diganti.

Selepas 17 tahun, 5 kali berganti presiden barulah Indonesia berpeluang mendapat seorang presiden yang secara luarannya nampak merendah diri dan hidup sederhana. Itu juga mungkin kerana beliau masih baru dan itu belum menjamin beliau mampu bertahan lama. Ini kerana wadah parti dan sistem bernegara di Indonesia itu masih di takuk lama.

Oleh itu sebarang cadangan untuk mengikuti jejak langkah reformasi mahasiswa Indonesia harus dinilai semula demi mengelak tragedi yang sama. Apa yang penting kita usahakan sekarang ialah menyeru dan berkempen agar wadah kepimpinan negara itu dibersihkan. Tiada gunanya menukar pemimpin jika penggantinya hanya meneruskan gaya kepimpinan lama. Sebelum ini pun banyak kita lihat pemimpin yang bertukar lidah dan sikap. Contohnya semua rakan pengasas PKR sendiri pun sudah berubah.

Yang paling penting sekarang ialah mengubah acuan yang membentuk dan melantik kepimpinan itu. Dunia ini sudah cukup tua dan kita sudah terlalu lama membuang masa mencuba dengan kaedah ciptaan manusia.

Islam itu amat halus, lembut lagi bersifat pengampun. Jangan mana-mana pendosa takut dengan hukum Islam yang kononnya akan dikenakan kepada kita-kita yang pernah melakukan kesilapan lantaran kejahilan. Islam tidak akan menghukum pendosa yang jahil. Abu Sufian, Khalid Ibn Walid, Hindon yang pernah memerangi Nabi SAW dan membunuh mujahid Islam lagikan diampunkan.

http://prihatin.net.my/…/sistem-perlantikan-pemimpin-yang-…/

dari Warga Prihatin.


PELAJARAN DARI MAKSIAT DAN BENCANA

$
0
0

PELAJARAN BESAR DARI MAKSIAT DAN BENCANA ALAM

Ramai pembaca yang mentelahkan bahawa berlakunya bencana alam yang pelik-pelik di negara kita sejak akhir-akhir ini ada kaitannya dengan pelbagai fenomena alam.Sebahagian lagi mengaitkannya dengan ancaman Allah tentang kifarah dari perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri. Kali ini kami ingin kaitkan fenomena bencana alam ini dengan gambaran kemurkaan Allah terhadap kerosakan akhlak manusia secara muhkamat dan mutasyabihat.Baru-baru ini di Nepal yang terkenal dengan wisata Everestnya telah berlaku ‘pembunuhan’ kejam terhadap 250,000 haiwan atas ritual agama. Tidak sanggup untuk melihat gambar pembunuhan kejam itu, apatah lagi bila menontonnya dari rakaman videonya. Selepas itu berlaku gempa bumi 7.8 SR dan beberapa kali gempa susulan yang amat dahsyat.3 Pelancung asing berbogel di atas Gunung Kinabalu

Di Acheh juga dikhabarkan berlaku pesta maksiat yang keterlaluan pada 25 Disember 2004, sehari sebelum terjadinya Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa. Peringatan oleh ‘seseorang’ agar mereka ‘beringat’ telah diabaikan dan diperlekeh begitu sahaja.Tragedi banjir lumpur yang dahsyat pada 26 Desember di Sabah suatu ketika dahulu juga dikatakan berlaku sehari selepas masyarakat setempat berpesta maksiat yang melampaui batas.Sebelum tragedi gempa bumi di Sabah kelmarin juga terdapat satu kronologi yang sama.Berita tentang sekumpulan 10 orang asing pendaki gunung Kinabalu berbogel di puncak gunung dan 2 pelancung yang berbogel di sebuah pulau berhadapan Kota Kinabalu telah tersebar luas sebelum bencana itu terjadi.Isu bogel di pantai PD dan Penang, juga banyaknya kes pembuangan bayi, mabuk dan zina terbuka, juga pelbagai maksiat dalam konsert gila juga mengundang murka.

2014-11-30_095123

Pesta keagamaan dimana hari ini para penganut akan mngorbankan seberapa banyak haiwan,umpamanya Kerbau,Lembu,kambing ayam dan apa yang bernyawa.

KUASA TUHAN DAN KEEGOAN MANUSIA

Begitu banyak kisah di mana Allah mengancam manusia dengan pelbagai bentuk bencana alam bagi menyedarkan mereka telah dinukilkan dalam alQuran. Ada yang diancam ribut taufan, bah besar yang menenggelamkan gunung, gempa bumi, gunung berapi, kemarau panjang dan banyak lagi.Sikap manusia pula suka menganggap semua kisah-kisah sadis yang menimpa orang terdahulu itu sebagai kisah dongeng mereka. Kebanyakan kita tidak pernah perduli kerana kita tidak bersama mereka ketika semua itu terjadi dan apa yang menyebabkan Allah murka sehingga diturunkan bala seberat itu.Manusia bersikap acuh tak acuh dengan semua kisah-kisah yang sarat dengan ancaman dan pelajaran itu. Kita beranggapan bahawa itu urusan mereka, bukan urusan kita dan bencana tidak bakal terjadi pada kita. BEGITULAH EGONYA MANUSIA.

Yang menjadi kebimbangan sekarang ialah, jika kita tidak memainkan peranan dalam berdakwah dan memberikan peringatan dengan sungguh sungguh, maka bencana yang menimpa tidak hanya mengenai mereka, malah akan turut mengenai kita juga.

QS 10. Yunus 23. Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa hak. Hai manusia, sesungguhnya kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

QS 4. An Nisaa’ 79. Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

QS 8. Al Anfaal 25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang TIDAK KHUSUS menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.

BEBERAPA ANALOGI ALAM DAN SIKAP MANUSIA

Jika kita hanya melihat kejadian alam seperti adanya, tanpa membaca (iqra’) berdasarkan ilmu yang telah Allah beri pada kita, mungkin tergamak kita gunakan ‘kebijaksanaan’ dan kedegilan kita untuk menafikannya. Tetapi jika kita padankan dengan ilmu mutasyabihat dari Allah, maka kita dapati tiada ruang lagi untuk kita memberikan alasan.Dahulu kita di Malaysia jarang ada bencana angin yang amat dahsyat seperti taufan (tornedo) yang membaham apa sahaja di laluannya sepertimana yang sering berlaku di USA. Kini semua itu sering terjadi di sini.Bahasa analogi/mutasyabihat ANGIN dalam alquran itu dibaca sebagai analogi berita.

Selama ini berita yang sampai kepada kita hanya bersifat sepoi-sepoi bahasa, sampai dianggap ia sebagai ‘berita angin’ sahaja. Ia agak bertapis dan memilih-milih subjek, pendengar atau penerimanya. Mahu didengar boleh, tidak mahu perduli pun tidak mengapa.Sekarang ini, berita yang sampai kepada kita tidak mengira tentang siapa. Tidak lagi dalam bentuk angin sepoi bahasa.

Kini, berita tentang apa sahaja, mengenai siapa sahaja mudah jadi viral dan menjadikan semua orang ‘terasa’ dan mudah jadi gila. Tidak kira berita tentang ustaz / ulamak, tentang raja, tentang polis, tentang menteri, semua diredah tidak berkira-kira. Itulah analogi taufan yang membaham semua.Tanah di bumi itu adalah asal usul manusia yang juga ada banyak analoginya.Di akhir zaman / qiamat, bumi akan diratakan. Gunung-ganang yang selama ini megah dan kukuh berdiri juga digoncangkan. Itulah situasi kita hari ini secara analoginya.

Hari ini bumi sudah tidak tahan lagi menanggung beban tekanan manusia yang berada di gunung yang tinggi, megah dan sombong. Sekali-sekala bumi goncangkan agar yang di atas berguling jatuh dan runtuh.Demikian juga kepanasan hati rakyat marhaen di perut bumi yang tertindas oleh gunung yang tinggi, gagah dan megah. Sampai masanya maka meledaklah gunung berapi. Itulah lahar kepanasan dari perut bumi yang menghancurkan gunung yang tinggi. Selepas itu barulah bumi subur semula.

Apabila perut bumi sudah tidak tahan lagi dengan pelbagai gelagat lautan manusia, maka gegaran diperut laut itu pula akan melimpahkan air yang membaham apa sahaja pada laluannya.

Apabila kerakusan manusia sudah tidak terbendung, maka bumi ditarah sesuka hati. Hutan ditebang, bukit digondolkan dan ditarah diteres untuk bercucuk tanam atau membina bangunan. Rintihan alami dari rakyat miskin, orang asli dan haiwan ternak tidak kita pedulikan.Akhirnya turunlah banjir besar sebesar-besarnya membawa segala sampah sarap ciptaan manusia dan lumpur dari bumi yang dibogelkan permukaannya. Ini juga ada pelajaran besar untuk kita renung bersama.

KESIMPULAN

Lihatlah sesuatu itu “seperti siapa kita, tidak seperti adanya” semata-mata. Jika alQuran itu dikatakan petunjuk dari Allah, pasti benar-benar ada apa yang mahu Dia tunjukkan. Oleh itu hati-hatilah. Bukalah minda, lapangkanlah dada dalam menerima dan mematuhi segala wahyu Allah agar kita selamat sejahtera.Tanpa mengurangi simpati dan rasa ikhsan terhadap semua mangsa bencana di mana dan bila pun jua, kami ingin mengajak sekalian manusia agar mendidik nafsu masing-masing. Jangan lagi kita teruskan kebejatan yang melampaui batas.

Allah itu Maha Pencipta. Segala yang kita lihat di mukabumi ini adalah ciptaanNya belaka. Jika ada kehebatan ilmu sihir, magik dan metafizik ciptaan manusia, pastinya Allah selaku pencipta memilikki sesuatu yang jauh lebih hebat dari itu semua.Oleh itu takutlah kepada Allah. patuhilah segala titah perintahnya dan jauhilah segala larangannya.

Bacalah alquran dengan “kefahaman yang sebenar” sebagai petunjuk yang hak. Jangan kita hanya membaca petunjuk / peta semata-mata tanpa bangkit melaksana dan melakukan apa yang ditunjukkan kepada kita. Bangkitlah dengan penuh semangat, ikhlas dan berani untuk melaksanakan segala yang Allah telah tunjukkan dalam kitabNya.

Marilah perbanyakkan istighfar dan islahkan diri untuk mecari redha ilahi.

artikalTanpa prejudis,
WARGA PRIHATINKREDIT


MENENTANG SIHIR IBLIS JIN DAN SYAITAN

$
0
0

Rahsia Pramugari Terbongkar Di Haramain | Didikan Allah Sewaktu Dalam Koma. . Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. “Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?” “Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.””Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.”Habis yang puan pergi haji ini?””Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.””Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi.Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,”Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.”Betul ke puan?” tanya saya, terkejut.”Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga. Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.””Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka.Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.”Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,”Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasaseperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.” Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.”Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.”Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.”Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.”Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. “Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.”Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya. “Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.” Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. “Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.” “Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?Itu sehari,kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah…” “Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat.. . | استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه | REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI ” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”



25 SEBAB SUAMI JADI ‘ MENTAL ‘

$
0
0

 25 SEBAB SUAMI ‘ MENTAL ‘

25 sebab suami ‘mental’!
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”
2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”
3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol

KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTERI dan PENGEMIS

$
0
0


KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTRI dan PENGEMIS

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksu
d hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, “Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, “Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!” Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang naas, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, “Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?”. Suaminya menjawab, “Berikan makan pengemis itu!”.

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?”.

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, “Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?………… Dia adalah suamiku yang pertama dulu.”

Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, “Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?……………… Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!”.

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.

Renungan :
“Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, tebarkan perbuatan baik dimana – mana maka anda akan menerima balasannya” Silahkan LIKE and SHARE jika anda setuju..


HARI2 TERAKHIR MONA FENDY DI PENJARA Pendedahan ” Cik Jah “

$
0
0

Anda kenal dengan nama Maznah Ismail atau lebih mengenalinya dengan nama Mona Fandey?

Kisah Mona menjadi tumpuan di akhbar sejak tahun 1993. Bahkan, ia semakin rancak diperkatakan ramai apabila satu persatu kegiatan jahat pasangan bomoh, Mona dan Affandi sewaktu hidup ketika dahulu didedahkan.

Namun, pernahkah anda terfikir sejauh mana kesahihan cerita yang disebarkan itu?

Adakah anda berani meletakkan jaminan seratus peratus bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantung dengan keadaan mengerikan? atau anda lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?

Sejauh mana keyakinan orang ramai percaya 1,001 versi cerita mengenai bekas banduan terakhir di Penjara Wanita Kajang itu?

Membongkar kembali kisah benar Mona di penghujung hidupnya, wartawan Malaysian Digest berjaya menjejaki pegawai penjara yang berpengalaman bertugas di sel akhir Mona sewaktu dia dipenjarakan dahulu.

Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu.

Azizah sedia berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

“Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.

“Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,

“Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.

“Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

“Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

“Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Tambahnya, Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona.

Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi.

Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu.

Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ dimilikinya.

“Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

“Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.

“Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,

Sarjan Azizah (kiri) bersama Mona FandeySarjan Azizah (kiri) bersama Mona Fandey

“Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

“Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,

“Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas,” katanya.

Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.

Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-cerita mistik yang dibacanya.

“Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.

“Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,

“Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

“Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit,” seloroh Azizah sambil tersenyum.

Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya.

Dia akui terdapat satu cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan ini.

Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-kata Mona.

Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi perbicaraan kesnya itu.

Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris?

Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri, Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.

OKT-1OKT-1

OKT-2OKT-2

Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan.

Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan… (Azizah terdiam)

“Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

“Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.

“Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

“Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.

“Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,

“Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,” ujarnya lagi kepada Malaysian Digest.

Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.

Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab:

‘Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.”

Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.

Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya.

Mereka sangat mentaati Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.

Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali gantung bersama Affandi.

“Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?

“Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi mengetahui selok belok hal Mona?

“Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?

“Mona jawab dia nak pergi ‘shopping’! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di ‘corner’ bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.

“Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,

“Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.

Jelas Sarjan Azizah, cerita-cerita mistik dilaporkan media hanyalah rekaan semata-mata.Jelas Sarjan Azizah, cerita-cerita mistik dilaporkan media hanyalah rekaan semata-mata.

“Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,” katanya dan pada saat itu Azizah menitiskan air matanya.

Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.

Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita yang amat ‘digeruni’ rakyat Malaysia dan ‘kononnya’ pembunuh paling kejam di Malaysia.

Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.

Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan, urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan aibnya sewaktu hidup.

Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:

“Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua.” – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.

Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma anda pada wanita bernama Mona Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup dahulu?

Atau anda lebih selesa untuk terus memahami ‘cakap-cakap’ orang mengenai kejadian yang berlaku kerana sudah dididik dengan ‘trend’ bahawa Mona Fandey adalah pembunuh paling kejam di Malaysia?

Anda pilih.

– Malaysian Digest


20 KM BERJALAN KAKI KE SEKOLAH…Perkongsian dengan Warga Prihatin

$
0
0

Dari Kampung Paya Besar, beliau menyusur jalan balak dari rumah di hujung desa terpencil, jalan tanah merah berdebu dan selut, meredah 12 bukit dan paya merentasi 2 desa dan belukar estate getah tua dan kelapa sawit muda sejauh 20 km berjalan kaki dan basikal setiap hari SEJAK DARJAH 1 merupakan pengalaman yang tidak dapat digambarka


arus bertolak gelap pagi dan pulang meredah terik mentari petang seorang diri. Kadang kala terpaksa mengharungi hujan ribut sendirian. Minum air parit dan sungai menjadi biasa baginya buat penghilang dahaga. Beberapa anak sekampung yang sebaya ke sekolah naik kereta sewa atau tidak ke sekolah sama sekali. Dari tingkatan 1-3, beliau terpaksa mengayuh basikal sekitar 45 km setiap hari, berulang alik ke bandar (Sek Menengah), balik ke rumah dan ulang semula perjalanan ke sekolah Agama di Kg Melayu Raya.

Dari 10 pelajar yang mendapat grade 1 SPM 1979, 8 pelajar CINA, 2 pelajar MELAYU dan beliau adalah SEORANG DARIPADANYA. Dari 10 adik beradik, juga tidak sampai 10 rakan sebaya dari kampung terpencil itu, beliau adalah satu-satunya insan yang berjaya melangkah ke Universiti dan menempa kejayaan selanjutnya bagi membela insan lain.
Setelah 2 tahun makan gaji, beliau menubuhkan syarikat, menjalankan perniagaan & menjelajah ke serata dunia dengan kepakaran yang ada untuk membela adik beradik yang tidak ke Universiti agar semua dapat merasai kejayaan beliau. Kini adik beradiknya hidup senang dan beliau mengabdi diri, mewakafkan segala hasil kesenangan yang beliau capai dan menjadi buruh sukarela tanpa gaji di RPWP.
Anak-anak RPWP telah dibawa menziarahi kampung halaman beliau dan masing-masing ingin mencuba berjalan kaki menusuri laluan perjalanan beliau ke Sekolah Rendah Kg Melayu Raya, namun hanya mampu mencuba setakat 20% jarak perjalanan saja. Bakinya harus diteruskan dengan kenderaan. Begitulah gambaran keperitan yang dilaluinya.
Itulah pengalaman getir kehidupan yang dilalui oleh pengasas RPWP, Dr Hj Masjuki Mohd Musuri. Sejak kecil melawan ujian hidup. Bapanya bilal kampung, guru silat, kompang, berzanji dan al-Quran, seorang peneroka tanah, penebang hutan. Ibunya seorang bidan Kampung yang cekal dan pemurah, banyak mengambil anak angkat dari kalangan asnaf, juga bilal wanita dan guru al-Quran. Rumah kayu bertanggam, tiang kayu bulat dan tanah liat, lantai kayu belah, dinding kulit kayu, atap rumbia. Untuk makan harus cucuk tanam dulu, ikan tangkap di tengah paya, buah petik di hutan, belajar dengan pelita minyak tiada letrik, mandi dan minum air telaga berlumut, tiada air paip.
Terlalu banyak untuk dikongsikan. Mungkin sebahgian foto ini mampu meneruskan penceritaan. Namun buktinya kejayaan beliau mengharungi kepayahan itu menjadikan beliau insan yang sangat prihatin, kreatif, berani, mandiri dan tidak gusar berhadapan dengan kesusahan. Lebih penting lagi, pengalaman itu mampu di jadikan motivasi kepada anak-anak di RPWP, agar TIDAK MUDAH MENGALAH dan merasa lemah mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai pancaroba. Pengalaman itu jugalah yang memberi kekuatan dan inspirasi kepada kesemua pengasas bersama RPWP ini.
Perkongsian oleh
WARGA PRIHATIN

RAHSIA WARNA KEGEMARAN WANITA

$
0
0

wanita dan warnaRahsia Warna Kegemaran.Apakah warna kegemaran anda? Pink? Biru? Putih?Atau Hitam?

Pengaruh warna selain memberikan kesan menawan pada sebuah benda atau rekaan ia juga memberikan efek pada tubuh.Tapi, tahukah anda rahsia di sebalik warna kegemaran anda itu? Jom tengok warna-warna yang boleh mempengaruhi kehidupan anda itu.

1. Merah Yang Menghairahkan

Warna yang dikaitkan dengan kebangkitan cinta serta kebencian. Jadi, sebab itulah merah dikaitan dengan suasana

hati.Merah juga dapat mengundang respons “flight or fight” dan meningkatkan tekanan darah serta denyutan jantung.Anda yang menyukai biasanya seorang yang ekstrovert, cenderung melakukan apa yang anda mahu. Selain itu, anda juga seorang yang berfikiran terbuka dan mampu menerima perkara-perkara baru.

2.Biru

Biru merupakan warna paling sesuai digunakan di bilik tidur kerana dapat membantu membuai anda dalam tidur terutama ketika mahu lelap di siang hari.Selain itu, anda yang menyukai warna biru amat peduli dengan perasaan orang lain dan sedikit sensitif. Sisi positif penggemar warna biru yang banyak dikagumi oleh ramai orang adalah kerana kesetiaan dan perhatian anda. Di samping itu anda juga seorang yang rajin berusaha. Sungguhpun begitu, anda terlalu berhati-hati dan sering cemas berlebihan.

3. Kuning Penuh Kegembiraan

Kuning sebagai warna yang meningkatkan kebahagian dan keceriaan pada setiap orang. Warna ini berkait rapat dengan energy, sikap berhati-hati dan percutian. Jika anda memilih kuning sebagai warna kegemaran ia melambangkan sifat spontan dan toleransi anda yang tinggi. Begitu menyerlah, tetapi anda gemar berubah-rubah sikap dan suka berharap.

4.Hijau

Hijau adalah warna hidup dan semulajadi, berkait rapat dnegan kesihatan dan kesejahteraan. Seperti warna biru, hijau juga mampu membangkitkan rasa damai, relaks dan tenang.Jika hijau adalah warna kegemaran anda, ia melambangkan sikap anda yang selalu positif dan santai. Selain itu, anda seorang yang penyabar, tetapi cenderung menarik diri daripada perubahan di persekitarannya.

5. Oren Yang Periang

Oren menghasilkan perasaan yang berkait rapat dengan kehangatan. Jika anda menyukai warna oren, anda mempunyai sifat yang ceria dan periang. Namun, anda suka mencuri perhatian orang dan adakalanya kelihatan agak mengada-ngada.

6.Ungu

Ungu termasuk warna ‘top’, cukup menyenangkan, damai dan membantu meredakan ketegangan. Anda yang menyukai warna ungu biasanya adalah orang yang unik, tidak takut untuk tampil berbeza daripada orang biasa. Selain itu, pencinta warna ungu juga mencintai seni. Namun, sangat sensif dan mudah terluka hatinya.

7. Hitam Yang Gagah Perkasa

Dalam budaya Barat, hitam dianggap sebagai warna kematian. Keperibadian warnanya dikaitkan dnegan perasaan berkabung, kesedihan dan juga kebencian. Anda yang menyukai warna hitam melambangkan sifat anda kuat,tabah dan produktif. Namun, jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, anda akan menjadi murung. Selain itu, anda termasuk dalam jenis orang yang sukar untuk difahami atau agak misteri.

8.Putih

Putih adalah simbol daripada keseimbangan dan penyatuan, daripada semua wrna yang datang bersama sebagai penyatuan harmoni. Putih adalah lambang kesucian dan kemurniaan hati. Jika anda menyukai warna putih, anda dikagumi kerana sifat anda yang anggun, ideal, tidak pernah angkuh dan suka menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.

9. Pink

Warna pink membuatkan kita membayangkan sesuatu yang sweet. Namun, di sebalik kelembutan , anda yang menyukai warna ini adalah orang yang mengharapkan cinta dan kesejahteraan. Di samping itu, anda juga adalah wanita yang ingin dilindungi dan sentiasa mahu dimanjakan.

Nota Kaki: Artikel menarik ini, jangan lupa di SHARE dengan kawan-kawan.


AKU MEMILIKI 43 BUAH RUMAH,11Kg EMAS,SIMPANAN 7 ANGKA…..

$
0
0

troll

Screen Shot 2015-11-04 at 12.18.24 PM

Sepanjang 9 tahun Saya bekerja, Ramai orang Tidak tahu, Sebenarnya Saya telah membeli 43 biji rumah, berjaya simpan 11 kg Emas, Dan dapat menyimpan cash berjumlah 7 angka. Anda berminat untuk tahu? Saya Akan membuat seminar percuma khas untuk anda semua. Taip ‘Saya Nak tahu’. Cukup 500 komen , saya Akan dedahkan.

Subhanallah. 559 komen ‘Nak tahu’ dan nak hadiri seminar PERCUMA Saya tidak sampai 20 minit. Hanya Allah sahaja tahu kesedihan hati saya melihat kepercayaan yang orang Ramai berikan pada saya walaupon Semua pernyataan saya hanya dusta semata-mata.

Anda lihatlah sendiri bagaimana orang mudah ambil kesempatan kepada Kita dengan cuma menyatakan Berapa banyak harta yang ada, Buat seminar PERCUMA kemudian Buat seminar advance mencecah ribuan ringgit. Mereka yang taksub

Terus menjebakkan diri . Orang yang betul-betul Kaya Tidak Akan mendedahkan Berapa harta yang mereka Ada pada public apalagi harta yang banyak.

Kalau lah Saya Ada sikap untuk menjadi seorang penipu , Ruang terbuka luas untuk saya untuk ambil kesempatan anda semua. Menitis air mata saya melihat keadaan ini. Kenapa Kita terlalu mudah menjadi mangsa penipu-penipu yang tiada hati perut memerah keringat orang Ramai. Cukup-cukuplah Kita ditipu. – Status pada 11.21, 3 November 2015

Kesimpulannya…

1. Lebih 6000 likes, lebih 3100 komen dan 275 shares.

2. 85% menulis ingin tahu, 10% menolak, 5% memerli.

3. Berhati-hati kepada orang yang menonjolkan harta Hingga tidak masuk akal untuk menarik perhatian orang lain atas tujuan sesuatu ke arah kepentingan.

4. Ada yang berkata, “kami saja nak tau, bukan kena bayar pon”. ‘Daripada bermula ingin tahulah scammer akan merancang kepada step yang seterusnya. Daripada 100 orang , mungkin 10 orang Akan terjerat.

5. “Kami mempunyai Asas yang kuat, Tak akan mudah terpedaya”. Jangan lupa orang yang kuat ilmunya dengan agama juga Ada yang akhirnya mengikut Ajaran sesat.

6. “Kami cuma nak tau sebab nak siasat samada betul atau tidak”. Lihatlah sejarah sontotan teragung Emas sebelum ni Berapa Ramai golongan professional bijak pandai yang Tersontot, berapa ramai yang dah siasat dan mengkaji Hingga tahap pakar, akhirnya tertipu juga.

7. “Kami nak jumpa dan dengar penjelasan Tuan Sendiri terlebih dahulu”. Berapa Ramai hari ini yang tidak percaya dengan sesuatu skim, datang berjumpa especially di syarikat berkenaan jadi terpesona. Ingat!! Penipu Ada strength yang luar biasa. Masakan tidak nak jadi penipu Kalau takde strength untuk meyakinkan. Kalau betul anda semua kental, kenapa Masih Ramai yang terjebak walaupon dah hantar ‘CSI’ menyiasat.

8. “KEY dah ada NAMA , dah ada PENGIKUT sebab tu ramai percaya bila KEY yang tulis, KEY dah trusted”. Penipu tidak datang terus menipu, mereka akan membina credibility terlebih dahulu, Jika tidak mampu mereka akan gunakan booster seperti gelaran Dato’, Ustaz , Pakar , Jutawan. Selain itu mereka akan mencelah dalam Inner Circle orang-orang yang ada nama untuk mendapatkan tempias pengaruh untuk assuming as trusted person.

9. “Saya cuma nak tahu”. Scammer boleh reka-reka cerita dan akhirnya nak tahu selanjutnya kena bayar satu amount yang besar. Kerana perasaan ingin tahu menebal, sanggup korbankan duit akhirnya dapatlah cerita-cerita basic atau cerita theory yang boleh direka.

10. “Awak tunjuklah Geran, Emas & duit awak”. Datanglah seminar advance dulu, bayar dulu Kalau nak Saya tunjuk. Akhirnya dalam seminar berbayar, “Tak kan Saya nak tunjukkan semua rumah-rumah saya, banyak sangat tu. bawak la keluar 2 biji geran rumah yang ada. Emas? Takkan saya pikul 11kg kehulu-kehilir. Duit dalam akaun. Tak berani Saya nak tunjuk, kang Nanti orang aim saya”. Tak rasa basah ke ?

11. Berpuluh-puluh PM terima, antaranya “Ceritalah macamana awak boleh dapat tu Semua dalam 9 tahun”. Scammer akan menyorokkan Ilmu supaya dapat grab profit dari mangsa. (Suka merahsiakan ilmu). Bayar dulu baru bagitahu. Lepastu letakkan fee yang mahal.

12. Tulisan ‘Saya nak tahu’ tidak putus hingga walaupon Ramai dah bagitahu status ini adalah social Experiment. Ini membuktikan, walaupon Ramai yang dah menasihati, terus Masih Ramai yang terjebak Kerana malas Buat homework dan malas membaca. Persekitaran mempengaruhi untuk sama-sama terjebak.

13. Yang telus, proven itu ramai yang membuat Seminar bagi membantu orang Ramai turut berjaya, Tetapi berhati-hati di celah-celah mereka Ada yang menyusup mengambil kesempatan dari kelemahan Emosi orang ramai. Mereka tidak menggunakan ilmu, Tetapi hanya bermain emosi kebendaan serta gelaran. Ini kelemahan ramai orang.

14. “Panggil LHDN siasat”. Orang Kaya dan mempunyai harta yang banyak seboleh-bolehnya menyorokkan nilai harta mereka kepada umum, lagi-lagi Abang LHDN yang memerhati . Umumnya bila declare banyak pada umum, orang hanya Akan tanya macamana dapat tu, mereka Tak tanya mana bendanya. Banyak sangat cemana nak tunjuk. Nampak permainan mereka? Sebab tu kena declare 3 tan emas. Kalau 3 kilo orang nak Tengok bukti.

15. “Kami cuma nak mencari jalan keluar Dari tekanan ekonomi sekarang, mana tahu ini membantu”. Scammer akan muncul kepada orang yang mencari penyelesaian, contohnya penerima VSS, MSS, berpencen yang mana mereka ini orang yang mencari sesuatu untuk kelangsungan hidup dan mempunyai duit di tangan, income yang dicari, disedut hingga kering Tak berisi Oleh sang Scammer.

16. “Saya awal-awal dah Tak percaya”. Ye, memang Anda terlepas, tapi Anda yakin keluarga & rakan-rakan Anda yang lain tidak boleh jadi mangsa?

17. Menampakkan kebanyakan orang hanya mengharapkan jawapan yang keluar dari pihak scammer tanpa buat sebarang research. Buktinya, 30 minit selepas status tunjuk ‘HARTA’ itu up, Saya telah up status baru menyatakan cerita harta Itu dusta semata. Hasilnya berlarutan Hingga beribu-ribu komen tetap nak tahu. Pelik kan. Menunjukkan juga mudahnya scammer cari mangsa.

Saya juga berharap dari kesimpulan yang Saya Buat melalui social experiment ini dapat menyedarkan orang Ramai Jangan mudah terpedaya dengan kelicikan ‘Scammer’. Mereka sangat-sangat licik dan tiada belas kasihan. Anda rela diri anda, keluarga anda, rakan anda jadi mangsa?
Share lah Hasil experiment ini kepada orang Ramai supaya mereka Semua dapat alert dan tidak mudah menjadi mangsa sang ‘Scammer’. Saya tahu scammer marah betul dengan tulisan Saya ni. Anda tak perlu terasa Jika anda bukan di kalangan mereka.

dipetik dari blog oh Bulan


CARA ANDA MEMANDU MERUPAKAN PERSONALITI ANDA

$
0
0

Adakah benar gaya pemanduan mendedahkan personaliti anda? Menurut Tom Vanderbilt, pengarang buku Traffic: Why We Drive The Way We Do and What It Says About Us, berkata, “Memandangkan ramai di antara kita boleh menghabiskan lebih banyak masa di jalan raya daripada kita makan bersama keluarga kita … Ada baiknya kita menelusuri lebih mendalam lagi mengenai pengalaman tersebut.”

Jadi adakah benar pemanduan bawah sedar menceritakan mengenai diri anda? Jom kita baca artikel ini dan lihat kaitannya dengan personaliti anda.

Kesempurnaan

The-Perfectionist1Anda seorang yang mementingkan kesempurnaan. Anda telah diajar di sekolah memandu untuk pastikan tangan anda pada kedudukan “10 dan 2”, dan anda suka melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Anda sebenarnya seorang yang sangat teliti dan sentiasa mengikut peraturan. Anda yakin melakukan sesuatu dengan betul adalah sesuatu yang sangat bernilai. Personaliti kesempurnaan anda mungkin telah memberikan banyak kejayaan pada diri anda. Di tempat kerja, gaya berfesyen, kasih sayang, dan persahabatan menjadi ikutan yang lain dan mereka juga bercita-cita untuk menjadi seperti anda!

Santai

The-Cool-Kid1Anda mempunyai personaliti yang santai. Anda tidak mengambil hidup terlalu serius, dan anda menghadapi situasi dengan pendekatan yang tenang dan bersahaja. Ia sering kelihatan bahawa anda tidak ambil kisah mengenai dunia. Walaupun pada masa yang sukar anda suka menonjolkan suasana keyakinan dan sikap acuh tak acuh. Setiap hari anda umpama hari cuti. Rakan-rakan dan keluarga akan mencari anda hanya untuk berseronok sepanjang hari!

Minimalis

The-Minimalist1Anda seorang minimalis. Anda suka kehidupan semudah yang mungkin. Anda tidak suka menyusahkan diri dan anda lebih suka rakan-rakan yang berterus-terang dan tulen. Anda hanya suka berkawan dengan beberapa orang yang rapat dan tidak suka menambah kawan. Apabila memilih pakaian, anda akan memilih warna hitam berbanding warna lain. Walaupun anda menjalani kehidupan  dengan cara yang mudah namun ia tidak bermakna anda seorang yang membosankan. Orang lain mengagumi cara minimalis dan pendekatan hidup anda!

Pengembara

The-Minimalist1Anda adalah seorang yang suka mengambil risiko. Anda suka hidup hidup terasing, tetapi percaya dalam membuat sebahagian besar setiap masa. Anda suka aktiviti mendebarkan seperti bungee jumping dan terjun udara. Tentang cinta, anda tidak takut untuk meletakkan diri anda di luar sana. Tidak dapat tidak, rakan-rakan anda akan mempunyai rasa agak jinak berbanding anda. Tetapi mentaliti “hidup sepenuhnya” membuatkan anda dikagumi orang yang anda sayangi!

Pemimpin

The-BossAnda adalah seorang pemimpin semula jadi. Anda mempunyai cukup pengetahuan untuk mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas. Orang lain akan mendapatkan panduan dan nasihat daripada anda. Mereka mempercayai anda, sebahagian besarnya kerana anda begitu yakin dengan kebolehan anda. Di tempat kerja, anda sering menerima pujian untuk kemahiran kepimpinan anda. Dalam cinta, anda kena berusaha keras untuk mencari seseorang yang melengkapi “Jenis A” anda, tetapi jika anda lakukannya, ia pastinya menjadi penantian yang sangat berbaloi!

Penyokong

The-SupporterAnda disukai ramai orang. Anda adalah seorang tukang sorak untuk rakan-rakan dan keluarga anda. Anda amat gembira jika orang lain mendapat kebaikan, dan anda tidak takut untuk menjadi vokal dengan sokongan anda. Anda juga adalah seorang pendengar yang hebat, dan ini membuatkan anda menjadi sasaran utama rakan-rakan yang inginkan nasihat. Anda berpuas hati dengan hanya melihat dan membiarkan orang lain mendahului. Anda lebih suka menghabiskan masa anda menikmati kehidupan dengan pandangan yang mesra dan positif!

Pengaman

The-PeacekeeperAnda diibaratkan sebagai “Switzerland” oleh kawan-kawan dan keluarga anda. Anda tidak suka terjebak untuk berhujah dan konflik yang membuat anda menjadi tidak selesa. Jika anda pernah meninggikan suara, orang yang anda sayangi pasti amat terkejut dan faham bahawa anda serius. Anda tidak mempunyai toleransi yang tinggi dalam pertelingkahan antara orang lain, jadi anda akan sering menjadi pengaman dan kemahiran menyelesaikan masalah anda mampu mengatasinya dengan pantas dan berjaya!

Badut@Pelawak

The-Class-ClownAnda berfikir dengan cara yang berbeza daripada rakan-rakan dan keluarga anda kerana sentiasa membuat lawak dalam setiap keadaan. Anda seorang yang kelakar dan anda lebih suka untuk menjalani kehidupan dengan cara yang pelik dan bodoh. Minda kreatif anda menjadikan anda berjiwa seni. Anda mampu berlawak secara spontan dan ia membuat anda disenangi. Orang lain tidak mahu mencabar anda dalam pertempuran kecerdasan kerana mereka pasti akan kalah!

Gementar

The-Nervous-NellieAnda sering merasa was-was dan bimbang. Anda suka menyemak kerja berulang kali untuk memastikan segalanya selamat. Anda akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan lebih suka untuk melakukan perkara yang menyeronokkan. Rakan-rakan dan penjagaan keluarga sentiasa bersedia untuk membantu anda keluar dari belenggu tersebut sedikit demi sedikit. Walaupun anda mungkin tidak meletakkan diri anda di luar sana, hanya orang yang mengenali anda tahu kehebatan anda!

Jentolak

The-BulldozerJaga-jaga – “Si Jentolak” akan tiba! Anda adalah orang yang sangat sibuk, tiada masa untuk orang yang menghalang laluan anda. Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, anda lebih suka untuk meredah segala rintangan. Orang lain mengagumi kesungguhan anda, dan mereka boleh bergantung kepada anda untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. Anda seorang yang berorientasikan matlamat dan tindakan, kedua-duanya akan membawa anda jauh dalam kehidupan!

Anda yang mana?

dipetik dari blog cerita



8 C BUAT SUAMI BENCI ISTERI

$
0
0

8C Buat Suami Benci Isteri

images

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOTimages

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


CABARAN UNTUK SUAMI YANG BERISTERI SEORANG

$
0
0

Pada zaman kita ini..khususnya 40 tahun kebelakangan ini..satu fenomena menarik yg wajar dibuat pengamatan telah menarik perhatianku..

Ketika para suami yg bermonogami berhimpun sesama mereka, kebanyakan keseronokan mereka ialah bersembang tentang wanita.. Betapa kesalnya mereka dan betapa kuat keinginan mereka untuk menambah isteri..poligami-1Kemudian sembang mereka itu mula menyentuh hal seseorang yg berkahwin secara rahsia atau misyar (perkahwinan saraan isteri) atau berkenaan seseorang yg bermusafir jauh dari ‘ibu keluarganya’ semata2 untuk berkahwin dan bernikmat2 dgn perkahwinan..juga berkenaan akibat yg dijangka akan berlaku ekoran itu..

Keseluruhan sembang mereka berkisar pd kekesalan di samping keinginan yg membuak2 utk berpoligami..sayangnya, mereka terhalang oleh kebimbangan dan kepengecutan mereka kpd isteri pertama.Lalu mereka mula mengkhayal dan mengandaikan pelbagai alasan yg (kononnya) menghalang mereka drpd berpoligami..(namun) semuanya tidak sahih..

Merujuk kpd sejarah manusia yg telah termaktub, aku dapati kebanyakan para anbiya’, khulafa’, ulama, raja, amir, menteri dan pejuang, malah hatta manusia biasa..mereka berkahwin dan berpoligami di samping memiliki hamba sahaya..kamu dapati seseorang lelaki itu berkahwin seorang, dua atau tiga..bahkan ada yg sampai sepuluh, di samping sekelian hamba sahaya yg cantik dan menggiurkan..dia beli dan dia jual.. Justeru dia menikmati dgn kekuatan serta kecergasan fizikal & mentalnya..

Dia tukar ‘kenderaan2nya’, dengan itu dia jadi bertambah cergas, bertenaga dan sihat..justeru dia hidup sebagai lelaki yg sihat, memiliki kehebatan dan kedudukan.. Kita rasa kecewa dan menderita bila kita baca dan dengar dari nenek moyang kita dan juga sejarah kita..

Realiti lelaki yg bermonogami menyalahi tabiat fizikal dan spiritual seorang lelaki..kerana ALLAH menciptakan akal dan hati lelaki itu lebih besar, kuat dan cergas berbanding wanita..seseorang lelaki itu bertabiat memberi dan menyebar.. bersesuaian dgn syariat berbilang isteri dan pemilikan hamba sahaya utk disetubuhi mengikut kehendaknya, yg ALLAH telah beri kpdnya..

Berbeza sama sekali dgn tabiat seorang perempuan, di mana sifat semulajadi fizikal, spiritual dan mindanya bersesuaian dgn ketenangan dan ketetapan, justeru hatinya tidak dpt menampung selain seorang lelaki..oleh itu ALLAH syariatkan agar dia tetap dgn seorang suami sahaja. Jika dia beli seorg hamba lelaki, dia tidak halal baginya. Bermakna dia hanya boleh menyimpan air benih suaminya sahaja, agar tidak berlaku percampuran nasab keturunan..Oleh yg demikian ramai di kalangan lelaki monogami yg terkena pelbagai penyakit fizikal, jiwa, lemah badan, lemah semangat, tidak bermaya serta goyah sehingga dia sampai ke umur tuanya.Bila isteri penat dia tak dapat, bila isteri dtg bulan dia terpinga2, bila isteri dlm nifas dia terbantut dan bila isteri dia mengandung dia sekali lagi tergendala.. Maka kebanyakan umurnya habis begitu sahaja.. Air benih dlm tulang sulbinya jadi kering, justeru umurnya habis dlm keadaan sesal dan rugi..

Sebaliknya berbeza sama sekali dgn lelaki berpoligami, dia sentiasa memberi dan menikmati tanpa terbantut..air benih dlm tulang sulbinya sentiasa bertukar ganti.. justeru wajahnya sentiasa ceria.Setelah dikaji dan diteliti faktor kedayusan lelaki utk berkahwin dan berpoligami.. Sy jalankan kajian perbandingan antara perangai lelaki berpoligami dan lelaki bermonogami sejak dari dulu sampai sekarang..

Hasil kajian mendapati bahawa sebab utamanya bukan kerana faktor kewangan atau kesihatan.. tetapi ia kerana faktor terlalu banyak dan terlalu lama duduk bersama isteri di rumah.. sibuk dgn urusan anak2 dan keluarga sehingga ramai lelaki menjadi seperti ‘anak ayam’ di rumah, bersama isteri yg menguasainya..justeru hilanglah kehebatan dan kekuatannya.. kehendaknya dirampas lalu ditukar menjadi lelaki pak turut terhadap isteri, disebabkan terlalu byk masa duduk bersamanya di rumah..dia
tidak lagi memiliki kuasa arahan atau larangan, kecuali mengikut apa yg di kehendaki isterinya..isterinya mengetahui semua urusannya, rahsianya dan hartanya..

Sebaliknya, berbeza sama sekali dgn lelaki berpoligami..kamu dapati mereka kurang masa duduk bersama isteri..mereka keluar bekerja, berusaha dan bermusafir.. mereka tidak memberi rahsia harta benda dan segala urusan mereka kpd isteri..justeru masa mereka duduk bersama isteri adalah terhad..menjadikan mereka hebat dan ada kekuatan peribadi dan kehendak yg sempurna.

Justeru kami dapati mereka dahulukan perkahwinan dgn sepenuh kelelakian dan kekuasaan..tanpa bantahan atau tekanan daripada isteri mereka yg berpuashati dgn tabiat mereka danm hak suami mereka, disebabkan perangai yg mereka tunjukkan bersama isteri mereka..

Merekalah lelaki yg paling byk kerehatan, keinginan, keperkasaan, kesihatan dan kebahagiaan..inilah kebiasaan bg org2 seperti mereka..

Sekarang kita faham kenapa kebiasaan bangsa Arab merendah-rendahkan lelaki yg byk duduk di rumah..

Keputusan di tangan kamu!!!

Disebabkan faktor kedayusan ini, maka ramailah anak dara tua dan penuhlah wanita serta anak2 perempuan yg tidak di lamar atau yg tidak berani dipinang oleh sesiapa..disebabkan faktor kedayusan ini juga, maka banyaklah berlaku kerosakan oleh para pendayus dalam bayang2 dan tersebarlah bahaya sekelian mangsa yg bersama mereka..

dipetik dari  kiriman whassap teman.


BAGAIMANA BILA HATI RESAH KESAH???

$
0
0

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangandalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

** tips supaya mudah nak bangun **

– Berwudhuk sebelum tidur

– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)

– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu

– Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

 

Penutup :

Bagaimana? Rasa masih belum kuat? Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :)

 

dipetik dari blog akuiislam


MASALAH ADALAH HADIAH

$
0
0

masalah

Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik. Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia. Pasti ada tujuan. Pasti ada maksud. Mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk yang tak menyenangkan, maka keburukan itu hanya karena anda melihat dari salah satu sudut mata yg berkaitan wang saja.

Bila anda berani menengok ke sisi yang lain, anda akan menemukan pemandangan yang jauh berbeda. Anda tidak harus menjadi orang tersenyum terus atau menampakkan wajah yang ceria.

Optimisme terletak di dalam hati, bukan hanya terpampang di muka. Jadilah optimis, karena hidup ini terlalu rumit untuk dipandang dengan mengerutkan alis dan muka.

Setiap tetes air yang keluar dari mata air tahu mereka mengalir menuju ke laut. Meskipun melalui anak sungai, belokan, kawasan kali keruh, danau dan muara, mereka yakin perjalanan mereka bukan tanpa tujuan. Bahkan, ketika menunggu di muara, setiap tetes air tahu, suatu saat panas dan angin akan membawa mereka ke pucuk-pucuk gunung. Menjadi awan dan menurunkan hujan. Sebagian menyuburkan rumput, sebagian tertampung dalam sumur-sumur atau telaga. Sebagian kembali ke laut. Adakah sesuatu yang sia-sia dari setiap tetes air yang anda temui?

Masalah Adalah Hadiah.

Bila anda menganggap masalah sebagai beban, anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya. Bila anda menganggap masalah sebagai halangan, anda mungkin akan menghadapinya. Namun, masalah adalah hadiah yang dapat anda terima dengan suka cita. Dengan pandangan tajam, anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.

Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi. Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kesuksesan anda. Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kesuksesan. Bahkan hidup ini pun masalah, karena itu terimalah sebagai hadiah.

Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi. Bukan pula, dekapan hangat di malam-malam yang dingin. Namun, ketika mereka melempar anak-anak itu dari tempat yang tinggi.

Detik pertama anak-anak helang itu menganggap ibu mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku. Beberapa ketika kemudian, bukan kematian yang mereka terima, namun kesejatian diri sebagai helang, yaitu terbang. Bila anda tidak berani mengatasi masalah, anda tidak akan menjadi seseorang yang sejati.


RM1.00 MEMBUAT ANDA BERSYUKUR

$
0
0

10RM.00 Membuat Anda Mengerti Cara Bersyukurduit-kertas-rm1

Ada seorang sahabat menuturkan kisahnya. Dia bernama Budiman. SPetang itu ia menemani istri dan seorang putrinya berbelanja keperluan rumah tangga bulanan di sebuah tkedai. Sambil membayar, tangan-tangan mereka sarat dengan tas plastik belanjaan.

Baru saja mereka keluar dari kedai, istri Budiman dihampiri seorang wanita pengemis yang saat itu bersama seorang anak kecilnya. Wanita pengemis itu berkata kepada istri Budiman, “Beri kami sedekah, Bu!”

Istri Budiman kemudian membuka dompetnya lalu ia memberikan  selembar uang kertas berjumlah RM1.00. Wanita pengemis itu lalu menerimanya.

Tatkala tahu jumlahnya tidak mencukupi keperluan, ia lalu menguncupkan jari-jarinya mengarah ke mulutnya. Kemudian pengemis itu memegang kepala anaknya dan sekali lagi ia mengarahkan jari-jari yang terkuncup itu ke mulutnya, seolah ia ingin berkata,

“Aku dan anakku ini sudah berhari-hari tidak makan, tolong beri kami tambahan sedekah untuk bisa membeli makanan!”

Mendapati isyarat pengemis wanita itu, istri Budiman pun membalas isyarat dengan gerak tangannya seolah berkata, “Tidak… tidak, aku tidak akan menambahkan sedekah untukmu!”

Ironisnya meski tidak menambahkan sedekahnya, istri dan putrinya Budiman malah menuju ke sebuah warung untuk membeli makanan.

Pada kesempatan yang sama Budiman berjalan ke arah ATM mesin. Saat itu memang tanggal gaji,

Di depan ATM, Ia masukkan kad ke dalam mesin. Ia tekan langsung tombol INFORMASI . Sesaat kemudian muncul beberapa digit angka yang membuat Budiman ter senyum kecil dari mulutnya. Ya,wang gajiannya sudah masuk.

Budiman menarik sejumlah wang dalam bilangan beberapa ringgit dari ATM. Pecahan ratusan  berwarna merah kini sudah masuk ke dompetnya.

Lalu ada satu lembar uang berwarna merah juga, namun kali ini bernilai  RM10..00  yang ia tarik dari dompet. wang itu Kemudian ia lipat kecil untuk berbagi dengan wanita pengemis yang tadi meminta tambahan sedekah.

Saat sang wanita pengemis melihat nilai wang yang diterima, betapa girangnya dia.

Ia pun berucap syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Budiman dengan kalimat-kalimat penuh kesungguhan: “Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih tuan! Semoga Allah memberikan rezeki berlipat untuk tuan dan keluarga.

Semoga Allah memberi kebahagiaan lahir dan batin untuk tuan dan keluarga.

Diberikan karunia keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah. Rumah tangga harmonis dan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga tuan dan keluarga juga diberi kedudukan yang terhormat kelak nanti di surga…!”

Budiman tidak menyangka ia akan mendengar respon yang begitu mengharukan. Budiman mengira bahwa pengemis tadi hanya akan berucap terima kasih saja.

Namun, apa yang diucapkan oleh wanita pengemis tadi sungguh membuat Budiman terpukau dan membisu. Apalagi tatkala sekali lagi ia dengar wanita itu berkata kepada putri kecilnya, “Dik, Alhamdulillah akhirnya kita bisa makan juga….!”

Deggg…!!! Hati Budiman tergedor dengan begitu kencang. Rupanya wanita tadi sungguh berharap tambahan sedekah agar ia dan putrinya boleh makan. Sejurus kemudian mata Budiman mengikuti  kepergian mereka berdua yang berlari menyeberang jalan, lalu masuk ke sebuah warung  untuk makan di sana.

Budiman masih terdiam dan terpana di tempat itu. Hingga istri dan putrinya kembali lagi dan keduanya menyapa Budiman. Mata Budiman kini mulai berkaca-kaca dan istrinya pun mengetahui itu. “Ada apa bang?” Istrinya bertanya.

Dengan suara yang agak berat dan terbata Budiman menjelaskan: “Aku baru saja menambahkan sedekah kepada wanita tadi sebanyak RM10.00!”

Awalnya istri Budiman hampir tidak setuju tatkala Budiman mengatakan bahwa ia memberi tambahan sedekah kepada wanita pengemis.

Namun Budiman kemudian melanjutkan kalimatnya:
“Bu…, aku memberi sedekah kepadanya sebanyak itu. Saat menerimanya, ia berucap hamdalah berkali-kali seraya bersyukur kepada Allah. Tidak itu saja, ia mendoakan aku, mendoakan dirimu, anak-anak dan keluarga kita. Panjaaaang sekali ia berdoa!

Dia hanya menerima karunia dari Allah Swt sebesar RM10.00 saja sudah sedemikian hebatnya bersyukur. Padahal aku sebelumnya melihat di ATM saat aku melihat di sana ada jumlah yang mungkin ratusan  kali lipat dari RM10.00 tadi.

Saat melihat  itu, aku hanya mengangguk-angguk dan tersenyum. Aku terlupa bersyukur, dan aku lupa berucap alhamduluilllah

Bu…, aku malu kepada Allah! Dia terima hanya RM10.00 begitu bersyukurnya dia kepada Allah dan berterimakasih kepadaku.

Kalau memang demikian, siapakah yang pantas masuk ke dalam surga Allah, apakah dia yang menerima RM10.00 dengan syukur yang luar biasa, ataukah aku yang menerima jumlah lebih banyak dari itu namun sedikitpun aku tak berucap hamdalah.”

Budiman mengakhiri kalimatnya dengan suara yang terbata-bata dan beberapa bulir air mata yang menetes. Istrinya pun menjadi lemas setelah menyadari betapa selama ini kurang bersyukur sebagai hamba.

Ya Allah, ampunilah kami para hamba-Mu yang kerap lalai atas segala nikmat-Mu

Semoga Bermanfaat Aminnn ….


Viewing all 174 articles
Browse latest View live